Sunday, February 22, 2009

kelebihan alim dgn jahil

Tidak hairanlah di dalam Islam kedudukan orang yang berilmu itu jauh berbeza dan begitu istimewa berbanding dengan mereka yang tidak berilmu atau jahil. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran, yang bermaksud:
“Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidak pula sama gelap gelita dan cahaya, teduh dengan panas dan tidak sama di antara orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati.”
(Surah al-Fathir ayat 19-22)

Kebodohan sejajar dengan buta, ilmu sejajar dengan melihat. Bodoh seperti gelap gelita dan ilmu seperti cahaya yang terang. Bodoh adalah terik panas yang membakar dan ilmu adalah peneduh yang melindungi. Bodoh adalah kematian dan ilmu adalah kehidupan. Di sini amat jelas perbezaan diantara jahil (bodoh) dan ilmu atau kecerdikan.

Muhammad bin al-Fadhl, seorang sufi berkata musnahnya Islam, negara dan bangsa itu ditangan empat golongan manusia iaitu:
1. Tidak mengetahui apa yang seharusnya diketahui
2. Mengamalkan apa yang tidak diketahui
3. Tidak mengamalkan dan tidak mengetahui
4. Menghalangi orang lain untuk mendapatkan pengetahuan

Ibn Qayyim menjelaskan dan berkata bahawa golongan yang pertama ialah orang yang mempunyai ilmu namu tidak mahu mempraktikkan ilmunya. Golongan kedua ialah ahli ibadah yang bodoh. Golongan ketiga ialah orang yang tidak mempunyai ilmu dan tidak pula mahu melakukan sesuatu. Golongan keempat adalah orang yang mewarisi sifat iblis dimuka bumi ini.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyelamatkan generasi akan datang, iaitulah remaja hari ini daripada empat golongan yang tersebut. Sekiranya remaja ini dibekalkan dengan ilmu yang cukup, nescaya perbuatan-perbuatan keji yang tidak befaedah dapat dihindarkan. Tentu mereka akan mula berfikir bagaimana cara untuk berbakti kepada nusa dan bangsa seterusnya berusaha untuk memajukan negara. Kita tidak mahu melihat mereka ini anti establishment melulu tanpa berfikiran panjang. Kita mahu remaja ini mengerti, mempunyai wawasan, misi dan visi yang ingin digapai.

No comments:

Post a Comment